Tahniah! Anda berada di laman yang betul, jika...

Anda Mahukan KAD PERUBATAN 



untuk tanggungan bil-bil perubatan 
di Hospital swasta


Kad Perubatan PruBSN adalah antara yang terbaik di Malaysia. Terdapat 4 pakej pilihan yang disediakan. Rujuk di bawah ini:


4 Pilihan Pakej Medical Card PruBSN:







Isi maklumat & dapatkan FREE QUOTATION Sekarang!


Atau
 +60108458594 (Shawal) untuk terus berjumpa...



RE: Dari Meja Penulis
Tarikh: 


Saya memperkenalkan diri. Nama saya Muhammad Shawal Hidayat, Perunding Takaful yang sah untuk syarikat Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) di bawah agensi Muqmeen Group (MG).

Tak dinafikan, di masa kini, memiliki Kad Perubatan atau Medical Card dilihat menjadi keperluan yang mesti dimiliki oleh setiap daripada kita.

Kad Perubatan ini fungsinya adalah seperti kad kredit atau kad debit, malah penggunaannya adalah lebih baik daripada kedua-dua kad itu.

Kad Perubatan digunakan untuk membiayai bil-bil rawatan di hospital tatkala kita jatuh sakit memerlukan rawatan SEGERA.

Isikan maklumat di ruangan Borang Quotation di sebelah kanan ini untuk mendapatkan FREE QUOTATION berapa jumlah caruman yang perlu anda bayar mengikut pakej pilihan.






Disclaimer: Maklumat dalam laman ini hanyalah dari buah fikiran saya sahaja sebagai tujuan untuk lebih senang difahami dan ia bukan sebahagian daripada polisi insurans takaful. Saya dan pihak PruBSN tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat salah faham dalam anda memahami isi kandungan laman ini. Anda dinasihatkan untuk terus berjumpa saya untuk mendapatkan maklumat lebih tepat dan terperinci.





Takaful First Link Seawal 19 Tahun.. Apa Manfaatnya???

🚹➡   Ini Eddy~

Harini Eddy buat satu keputusan besar dlm hidup dia.

Eddy tahu hari ini dia gembira, esok lusa mungkin tuhan ingin menduga.


Nama: Eddy
Next birthday: 24 tahun

Plan 200:
🔹Medical Card: RM1Juta, bilik wad RM200/day (HE+ Vital)
🔹Pampasan kematian RM50,000
🔹Pampasan kematian akibat kemalangan RM50,000
🔹Pampasan cacat kekal & menyeluruh RM50,000
🔹Pampasan sakit kritikal RM50,000
🔹Saving umur 55 tahun RM85,500
🔹Jumlah manfaat kematian RM135,500

🔺Sekiranya Eddy didapati menghidapi penyakit kritikal @ TPD, bayaran bulanan menjadi percuma sepanjang hayat 🔺

Sudah bersedia nak jadi mcm Eddy ???

ANAK-ANAK ♡PENDIDIKAN + PERLINDUNGAN♡

Assalamualaikum w.b.t~

Tahukah anda bahawa anda mampu merancang masa depan anak anda dalam masa yg sama mereka dilindungi oleh Takaful.

Nama: Anak
Next birthday: 1tahun

Plan utk anak:
🔹Medical Card: RM1Juta, bilik wad RM200/day (HE+ Vital)
🔹Pampasan kematian: RM30,000
🔹Saving umur 20tahun: RM34,000
 

Caruman: *RM150/month*

🔺Komitmen bayaran adalah sehingga umur anak 25tahun.
🔺Pada umur 20tahun, dijangka ada simpanan terkumpul sebanyak RM34,000 dan dan boleh dikeluarkan sebagai bantuan kewangan pendidikan anak.

Apa tunggu lagi 😆

KAD PERUBATAN @ MEDICAL CARD

Anda perlukan kad perubatan ???

♡Disini mungkin alasan mengapa anda memerlukannya♡

1) Peningkatan kos rawatan

2) Risiko menghidapi penyakit kritikal meningkat

3) Pengurangan kadar subsidi kerajaan

4) Tidak mahu merencatkan dana simpanan

5) Biar Prudential bayar utk anda

Ingat, lebih baik merancang :)

APA ITU PENCEN HIBAH ??

ASSALAMUALAIKUM
*********************
Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.

Ungkapan ini juga mungkin terjadi sekiranya berlaku kematian.

Namun bukan hanya si isteri ditinggalkan bersendirian.

Bahkan si isteri ditinggalkan dengan :-

🔹Hutang kereta

🔹Hutang rumah

🔹Hutang kad kredit

Mungkin disini Hibah penyelesaiannya.

Dimana si penama berhak menerima 100% daripada sejumlah pampasan yg dihibahkan.

Berbanding harta pusaka yg perlu melalui proses faraid.

Dimana memerlukan masa antara 1-5 tahun & si isteri hanya layak menerima 1 per 8 sahaja.

# Bila kawin hebah-hebahkan.. Lepas tu Hibah-Hibah kan ^,^

Simpanan Tanpa Perlindungan Adalah Tidak Bijak

Yg mana pilihan anda ?

1) Simpanan biasa
🔹RM1200 x 5tahun x 12bulan = RM72,000

2) Takaful saving 5
🔹RM1200 sebulan x 5tahun = RM200,000
🔸ROI = 177.78%

3) Takaful saving 10
🔹RM700 sebulan x 10tahun = RM200,000
🔸ROI = 138%

4) Takaful saving 20
🔹RM500 sebulan x 20tahun = RM200,000
🔸ROI = 66.67%

✅100% Patuh Syariah
✅Simpanan dilindungi PIDM
✅Pencarom dilindungi Takaful
✅Pampasan kematian & TPD minima RM500,000

♦Buat komitment simpanan selama 5/10/20 tahun.

♦Nikmati pulangan pada tahun ke 25@30.

♦Muslim & Non-Muslim layak menyertai.

TUNTUTAN TAKAFUL?? BAGAIMANA??

Assalamualaikum~

👉Membuat tuntutan Takaful👈

TAKAFUL merupakan permuafakatan sekumpulan individu untuk saling menjamin dan membantu antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan tertentu yang dipersetujui di kalangan mereka seperti pampasan bagi sesuatu musibah yang menimpa serta keperluan kewangan lain.

Permuafakatan ini melibatkan sumbangan wang caruman berasaskan konsep Tabarru’ iaitu perkongsian secara sukarela oleh semua peserta takaful.

Kelebihan atau manfaat mempunyai perlindungan takaful adalah cukup besar bagi meringankan beban yang ditanggung sekiranya peserta ditimpa musibah.

Misalnya, jika berlaku musibah yang dilindungi, waris peserta boleh membuat tuntutan yang membolehkan mereka menerima pampasan secara sekali gus yang merangkumi; jumlah perlindungan asas, jumlah perlindungan tambahan dan jumlah di dalam Akaun Individu Peserta (PIA jika ada).

Bagi memudahkan proses tuntutan, adalah penting untuk mengetahui dan mengenal pasti dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan takaful yang berbeza.

Hubungi wakil ejen atau syarikat pengendali takaful anda untuk mendapatkan maklumat bagi proses tuntuan.

Wakil ejen atau pihak pengendali takaful akan menyerahkan borang tuntutan untuk diisi oleh peserta atau ahli keluarga terdekat.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat di laman-laman web pengendali takaful.

Lazimnya borang-borang boleh dimuat turun dari laman web tersebut.

Peserta atau ahli keluarga terdekat perlu mengemukakan dokumen tuntutan mengikut senarai semakan.

Proses seterusnya akan menjadi lebih mudah dan cepat jika dokumen yang diperlukan semuanya lengkap semasa penyerahan.

Anda perlu memastikan tuntutan yang akan dibuat adalah antara manfaat yang terdapat dalam pelan perlindungan yang anda miliki.

Beberapa perkara penting yang boleh menyebabkan tuntutan tidak dapat dibayar oleh pengendali takaful juga perlu diambil kira, antaranya kerana penyakit sedia ada tidak didedahkan semasa mengisi borang cadangan, sijil takaful yang telah luput akibat tiada pembayaran dibuat atau kejadian yang berlaku di luar daripada skop perlindungan dan sebagainya.

Peserta perlu memberi informasi yang telus kerana pengendali takaful akan membuat pengunderaitan untuk menyaring bakal peserta yang layak berasaskan peraturan sedia ada yang dikawal oleh Bank Negara Malaysia.

Sejarah penyakit perlu diistiharkan oleh peserta untuk menentukan kadar sumbangan yang bersesuaian dan memberi perlindungan kepada penyakit sedia ada.

Sekiranya peserta meninggal dunia, waris terdekat boleh mengemukakan tuntutan kematian.

Antara dokumen yang perlu disertakan adalah sijil kematian, laporan bedah siasat dan laporan perubatan daripada pegawai perubatan yang terakhir merawat peserta.

Pampasan yang dibayar dapat membantu ahli keluarga bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka.

Manakala bagi tuntutan hilang upaya kekal dan menyeluruh (disebabkan penyakit atau kemalangan), dokumen yang diperlukan ialah laporan penilaian perubatan selepas enam bulan daripada tarikh hilang upaya, salinan kad pengenalan dan borang tuntutan yang lengkap diisi.

Jika melibatkan tuntutan akibat kemalangan, salinan laporan polis juga perlu disediakan.

Bagi peserta yang mempunyai kad perubatan, mereka boleh menggunakannya bagi tujuan kemasukan ke panel hospital di seluruh Malaysia.

Sebelum surat jaminan dikeluarkan, penilaian akan dilakukan berdasarkan kepada laporan perubatan doktor yang merawat.

Selain itu, peserta juga boleh mengemukakan tuntutan perubatan bagi rawatan kemasukan ke hospital bukan panel.

Antara dokumen yang perlu disertakan ialah borang tuntutan, laporan perubatan, resit asal, bil asal, bil terperinci dan laporan makmal (jika ada). Pegawai tuntutan akan menilai setiap dokumen yang diberi.

Manakala perlindungan terhadap 36 penyakit kritikal dapat dimanfaatkan oleh peserta sekiranya didiagnos menghidap salah satu daripadanya.

Tuntutan bagi penyakit kritikal seperti strok, serangan jantung, kegagalan fungsi buah pinggang, kanser dan sebagainya perlu disertakan dokumen seperti borang tuntutan, laporan perubatan, laporan makmal/ radiologi dan sebagainya.

Pampasan akan dibayar jika keadaan peserta memenuhi kriteria seperti mana yang diterangkan dalam sijil. Ia dapat membantu peserta serta ahli keluarga di saat-saat memerlukan.

Sekiranya peserta masih hidup hingga akhir tempoh sijil, manfaat kematangan akan dibayar kepadanya di mana peserta perlu mengembalikan dokumentasi sijil asal kepada pengendali takaful.

Proses membuat tuntutan sebenarnya tidaklah sukar atau mengambil masa yang lama seperti yang didakwa sesetengah pihak sekiranya semua prosedur dipatuhi.

Lebih cepat diuruskan maka adalah lebih baik untuk ahli keluarga yang terlibat, agar kehidupan dapat diteruskan dan meringankan beban kewangan yang ditanggung.

Ingat!! Kecederaan, kemalangan, kematian boleh berlaku dan penyakit boleh menyerang tanpa sebarang amaran!!